tahniah kepada kakak aku, hairunnisa selepas selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati nya, rosmadi bin ahmad (betul kot nama penuh dia) hehehe...
majlis diadakan pada 29 oktober 2009 di kampung aku iaitu dengan bangganya aku nak taip nih, KAMPUNG SAUK, KUALA KANGSAR..
tema pertunangan sebelah pempuan purple, belah laki hitam putih...
layan gambar...

siape mak andam tu??? baju da mcm kenal jer..hik hik hik..ade ke kakak aku suh aku jadik mak andam..so dengan bantuan mekup yang murah kepunyaan aku dan tambahan mekup mahal cket kepunyaan mak ngan kakak aku, termekup jugak la kakak aku...komen??? buruk ke?? naseb la ek..amatur nih.. aku nnti sape nak mekup?? xkn sendiri kot

hasil rupa kakak aku selepas di andam oleh aku..

sesi bergambar bersama mak andam @ adiknye sendiri..time ni aku serabai giler..al maklumlah, tgh senggugut..huhuhu

hantaran yang disediakan oleh pihak perempuan...korang nak tau bape?? 13 balas 19 okeyyy

ini adalah hadiah pertunangan dari aku kepada kakak aku..bukan hadiah la pon...mcm menyumbang kepada keBANYAKan hantaran kakak aku ni..tu yg jadi 19 tu

rombongan pihak lelaki sampai seperti yg dijanjikan..dari chemor..

ini adalah hantaran sebelah pihak lelaki..
-----> baru majlis bertunang, aku tgk family aku da penat gile arrange majlis ni..mungkin ni kenduri mak aku yang pertama..so masih dalam suasana nak menyesuaikan diri..kesian jugak pada mak ayah, atuk nenek, pakcik makcik yang berhempas pulas untuk jayakan majlis ni...aku bangga la dapat family camni...
------> untuk kakak aku, sekarang da bergelar tunangan orang..hehehe..syoknye...tahniah sekali lagi..
daaaaa....
